Semoga tenang di alam sana, Allayarham Hazrul Nizam

Kepergian seorang hamba sangat menyentuh rasa.
28/8/2013 menjadi tangisan rakan, guru, keluarga.
Terasa sentap dengar berita,
Moga terlena diimpikan syurga.
Aku pun baru tahu yang dia ni sebenarnya pangkat pakcik aku.

Ini sdh hari ketiga.
Lapang hati student mendengar cerita Mrs. Dayang tengah hari tadi
ujian MUET ditangguh seketika. Masa diguna lebih fokus kepada muhasabah. Menyingkap sejarah pagi semalam dijadikan peringatan buat student di medan ilmu.
(kita manusia, kita hamba) menetap di bumi tak lama. Allah nak bagi hikmah pada semua, Allah beri hidayah tak kira kita siapa, pada siapa.
Kejadian tiada siapa dpt jangka.

Sedikit perkongsian Mrs. Dayang bersama student.

"Teacher tak kenal pun dia siapa, tapi teacher selalu teringat wajah dia, selalu stay di koridor sekolah, dan apa yang paling teacher ingat, dia selalu ucap salam pada teacher setiap kali lalu tempat sama. Maknya kata, hari terakhir arwah kucup tangan mak dia, dan berkata lembut dengan guraunya, "Mak saya mahu pergi sekolah sdh ni. Mahu jalan sudah ni. Saya jalan dulu mak. Saya jalan ya mak". Hari Rabu itu jugalah hari yang dia nantikan, janji bertemu rakan, tak sabar hadir ke jamuan sebab terpilih ke majlis jamuan khas untuk sebahagian pelajar.
Bila teringat pula bulan kemerdekaan; iaitu ESOK. Yaa ESOK ! Lagi sedih pada 31 Ogos 2013 ni jugalah hari ulang tahun yg ke-17 arwah. Mrs. Dayang terus berkongsi lagi, "Waktu jasadnya diangkat, teacher andaikan seperti kain. Kalau kain, ringan dan mudah diangkatkan? Begitulah jasadnya. Kepergian arwah tenang dirasa, kita yang muslim, doakanlah kesejahteraan arwah, hadiahkan Surah Yassin pada Arwah, walaupun kita tak kenal sangat tentang dia, tapi dia juga saudara. kelak kita juga pasti menyusuli arwah".

Siapa sangka hidup kita kekal selamanya ? Mati itu pasti.

Cukuplah mati itu sebagai satu peringatan. Mari kita perbanyak amalan kita. Kita tak tahu bila hari kita. Hanya berharap dapat menanti hari tersebut dengan membawa bekalan yang cukup. InsyaAllah.
Then, aku terfikir, orang yang baik, yang selalu membuat orang lain gembira semasa hayatnya, namanya akan sentiasa menjadi bicara oleh orang lain walaupun dia sudah tiada.


Kepada Almarhum Hazrul Nizam Bin Harapan
Al-Fatihah kami hadiahkan.


P/S: Copied from Nur Atiqah Sabarudin ( Cousin aku ) .

No comments:

Post a Comment

Pengkritik :p